MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KARNIVAL STEM SAINS ANGKASA 2025 DI SK SUNGAI NIBONG, SEKINCHAN, SELANGOR PADA 26 APRIL 2025
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah bersama-sama menjayakan Karnival STEM Sains Angkasa 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor pada 26 April 2025. Antara pengisian aktiviti; pameran, origami satelit dan pencerapan Matahari . Majlis perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
.
Karnival bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, minat, dan pemahaman pelajar serta masyarakat umum terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dengan memberi fokus kepada penerokaan sains angkasa lepas. Program anjuran SK Sungai Nibong ini turut disertai oleh murid-murid daripada 11 buah sekolah sekitar daerah Sabak Bernam.
.
Angkasa untuk semua | Space for all 🌍🚀 🔭 🛰️🪐☄️
Skip to content