MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT KP MYSA KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) PADA 25 APRIL 2025
25 April 2025 | Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertempat di Ruang Tamu Pejabat Naib Canselor, UTM Johor Bahru.
Kunjungan ini dihadiri oleh Ketua Pengarah MYSA, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah dan telah disambut mesra oleh Naib Canselor UTM, YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim.
Kunjungan ini susulan kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai sebelum ini, bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam penyelidikan, pembangunan teknologi angkasa dan perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak.
Jurufoto: Halid Jamaluddin
Skip to content