.
Warga kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menjayakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 24 April 2025 bertempat di Perpustakaan MYSA, Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Nikmati Saat Ini’, antara pengisian program seperti perkongsian ulasan buku yang dibaca, pengumuman pengunjung setia perpustakaan dan peminjam terbanyak perpustakaan MYSA.
