Menerima lawatan delegasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada Pusat Latihan Artileri (PUSARTI) ke Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur pada 16 April 2025. Delegasi disambut dan disantuni oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Abd Razak bin Sipit, Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan (BAPP), MYSA.
Topik pembentangan:

Aplikasi Remote Sensing Defence Intelligence Application System (RSDIAS) dan aplikasi MyIDEA yang telah dibangunkan oleh BAPP, MYSA.

Pengoperasian Tim Unmanned Aerial System (UAS), MYSA
.
Lawatan bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dari segi penggunaan teknologi angkasa untuk aplikasi perisikan dan pertahanan dalam menyokong operasi dan latihan ATM.