Puan Norafiza Saleha binti Sahlan, Pengarah Bahagian Perancangan dan Komunikasi Strategik, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah membentangkan mengenai Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030: πππππ¦π ππ πππππ πΈπ₯ππππππ‘πππ 2030 (MSE2030) di Sarawak Aerospace Transformation Forum pada 16 dan 17 April 2025, Kuching, Sarawak.
.
.

Pelaksanaan MSE2030 meliputi pendekatan yang lebih terbuka dan berstrategi dengan melibatkan pihak Kementerian/ Jabatan / Agensi, industri, akademia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), menggunakan kaedah kerjasama awam-swasta dan jalinan kerjasama antarabangsa.

.

Negara kini menumpukan usaha untuk meningkatkan keupayaan penguasaan teknologi angkasa negara dari pengguna kepada penyedia dan pencipta teknologi angkasa; angkasa sebagai sumber ekonomi baharu negara; dan kemajuan ilmu untuk kesejahteraan rakyat. Antara projek utama yang telah bermula dan sedang berjalan termasuk pembangunan projek satelit remote sensing ketiga negara (PSPJN); Bandar Angkasa (Space City) dan Pembangunan Kemudahan Tapak Pelancar.
.
.
Program dianjurkan oleh i-CATS University College dan National Aerospace Industry Corporation (NAICO) Malaysia. Peserta program terdiri daripada wakil Kerajaan, industri dan akademia.