
Cerapan hilal bagi penentuan Syawal 1446H telah diadakan pada 30 Mac 2025, bertempat di Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah. Lokasi tersebut merupakan salah satu daripada 29 lokasi cerapan di seluruh Malaysia. Cerapan rasmi ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Mufti Negeri Kedah.