Fenomena Gerhana Matahari Separa ini terjadi apabila Bulan melintasi di antara Matahari dan Bumi, tetapi tidak sejajar sepenuhnya, menyebabkan hanya sebahagian daripada Matahari dilitupi oleh Bulan . Ini menjadikan Matahari kelihatan seperti sabit. Fenomena ini berlaku 1 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 358,123 km.
Fenomena ini akan dapat dilihat di bahagian timur laut Amerika Utara, Greenland, Iceland, Lautan Atlantik Utara, sebahagian besar Eropah, dan barat laut Rusia. Antara lokasi utama yang akan mengalami fenomena ini termasuk:

Iqaluit, Kanada: Magnitud gerhana mencapai sekitar 0.92, bermakna 92% diameter Matahari akan dilitupi oleh Bulan.

Glasgow, United Kingdom: Magnitud gerhana dianggarkan sekitar 0.42, menunjukkan 42% diameter Matahari akan dilitupi oleh Bulan.