MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS IFTAR MYSA 2025 PADA 21 MAC 2025
Semangat ukhuwah Ramadan dalam kalangan warga Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Majlis Iftar MYSA 2025 yang telah diadakan pada 21 Mac 2025, Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Hadir sama, YBhg. Datin Hajah Norazah binti Jamaluddin, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil MYSA.
.
Program dimulakan dengan agihan bubur lambuk; disusuli dengan penyerahan sumbangan ikhlas Musaádah Ramadan kepada waris keluarga pegawai MYSA yang telah meninggal dunia semasa dalam tempoh perkhidmatan; dan sumbangan duit raya kepada anak-anak warga MYSA.
.
Setelah berbuka, program diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak, tarawih, dan diakhiri dengan moreh. Program anjuran Kelab MYSAC dengan kerjasama PUSPANITA MYSA ini diharap dapat menyemai nilai kebersamaan, hormat, dan kasih sayang dalam kalangan kita semua.
Skip to content