LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

CABARAN PENGATURCARAAN ROBOT KIBO KE-7

Pendaftaran kini dibuka. Pasukan yang memenuhi syarat adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan Cabaran Pengaturcaraan Robot Kibo Ke-7 (The 7th Kibo-Robot Programming Challenge, Kibo-RPC) bagi tahun 2026/2027.

 Kali ini, dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori Asas (Beginner Course) bagi pelajar warganegara Malaysia berumur 13 hingga 15 tahun dan Kategori Lanjutan (Regular Course) berumur 16 hingga 27 tahun.

Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan kreativiti dan menguji kebolehan dalam pengaturcaraan robotik berinspirasikan misi angkasa. 

Pertandingan bermula dengan Pusingan Saringan Peringkat Kebangsaan (National Preliminary Round). Pada peringkat ini setiap pasukan akan menguji dan menambah baik pengaturcaraan mereka menggunakan simulator yang disediakan. 

Pasukan terbaik akan mewakili Negara ke Pusingan Akhir Peringkat Antarabangsa (International Final Round) untuk menguji program yang dibangunkan menggunakan robot Int-Ball2 sebenar di Japanese Experiment Module (Kibo), Stesen Angkasa Antarabangsa (International Space Station, ISS).   

Program ini anjuran Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Planetarium Negara

kibo

PENGENALAN

Kibo-RPC merupakan pertandingan pendidikan bertaraf antarabangsa di bawah inisiatif Asian Beneficial Collaboration through Kibo Utilization (Kibo-ABC) oleh Asia-Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF). Program ini dianjurkan bersama oleh JAXA, dan Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT) of Japan, serta agensi-agensi angkasa dari seluruh rantau Asia-Pasifik.

Program ini memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman mengaplikasikan pengaturcaraan komputer dan teknologi robotik dalam misi angkasa lepas. Peserta akan bekerjasama dalam satu pasukan untuk membangunkan program pengaturcaraan yang mengawal robot iaitu Astrobee atau Int-Ball2, bagi melaksanakan beberapa tugasan dalam persekitaran maya yang mensimulasikan keadaan di ISS.


Kibo-RPC: MEMBINA BAKAT ANGKASA MASA HADAPAN

Kibo-RPC merupakan program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan minat, aspirasi akademik dan kerjaya pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) dan industri angkasa.

Melalui penyertaan dalam Kibo-RPC, peserta berpeluang mengasah kemahiran dalam pengaturcaraan, robotik, penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan kerja berpasukan, di samping memahami aplikasi simulasi komputer dalam operasi sebenar misi angkasa. Program ini turut memperkukuh pengetahuan dan kemahiran STEM melalui pengalaman pembelajaran yang praktikal, inovatif dan berasaskan teknologi terkini.

Kibo-RPC juga menyediakan platform kerjasama antarabangsa yang membolehkan peserta berinteraksi, bertukar pengetahuan, berkongsi idea dan membina rangkaian dengan pelajar dari pelbagai negara. Pengalaman ini membantu memperkukuh kemahiran teknikal dan insaniah serta memupuk perspektif global dalam kalangan generasi muda.

 

MISI 7th Kibo-RPC 2026/2027

Satu penurunan tekanan atmosfera yang sangat kecil telah dikesan dalam log pemantauan sistem Japanese Experiment Module (Kibo) di ISS. Walaupun perubahan tekanan ini mungkin berpunca daripada ralat peralatan, ia juga boleh menjadi petunjuk awal berlakunya kebocoran udara. Oleh itu, siasatan yang teliti perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar sebelum angkasawan melaksanakan pemeriksaan secara langsung. Bagi tujuan tersebut, pemeriksaan akan dilaksanakan menggunakan robot Int-Ball2. 

Berdasarkan data operasi dan kajian kes terdahulu, lokasi yang berpotensi mengalami kebocoran adalah pada sambungan struktur (joints), kawasan pintu kedap udara (hatch), dan bahagian hujung rak eksperimen (experimental racks). Penanda Augmented Reality (AR Marker) telah dipasang di setiap lokasi yang telah dikenal pasti bagi memudahkan proses pemeriksaan. 

Robot Int-Ball2 akan bergerak ke setiap titik pemeriksaan untuk mengumpulkan maklumat kebocoran udara. Walau bagaimanapun, kebocoran yang berlaku adalah terlalu kecil sehingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bagi membolehkan Int-Ball2 membuat diagnosis dengan tepat, pengukuran perlu dilakukan pada kedudukan dan orientasi yang telah ditetapkan. Semakin tepat robot ke titik sasaran, semakin tinggi ketepatan dalam mengenal pasti sebarang anomali serta dapat menilai tahap kebocoran. 

Semua maklumat serta data pemeriksaan akan dianalisis. Berdasarkan hasil analisis tersebut, berkemungkinan lokasi sebenar kebocoran akan dapat dikenal pasti, atau ia hanya amaran palsu.

Oleh itu, peserta perlu mengawal pergerakan Int-Ball2 secara tepat bagi memastikan misi ini dapat diselesaikan dengan jayanya!

Nota: Senario misi ini adalah rekaan fiksyen dan digunakan bagi tujuan pendidikan sahaja. 


PERATURAN PERMAINAN

  1. Bermula dari stesen dok.
  2. Proses maklumat kedudukan dan orientasi lokasi pemeriksaan (checkpoint) yang dijana secara automatik.
  3. Rancang laluan ke setiap checkpoint.
  4. Int-Ball2 perlu mengimbas AR Marker dan merekod maklumat kebocoran pada setiap checkpoint.
  5. Misi selesai apabila Int-Ball2 berjaya memeriksa semua lokasi checkpoint hingga ke checkpoint terakhir.
  6. Menyediakan laporan akhir misi.
peraturan permainan

GARIS MASA 7th Kibo-RPC 2026/2027

1 Ogos - 30 September 2026

Pendaftaran penyertaan

1 Ogos - 30 September 2026
30 September 2026, 11:59 malam

Tutup penyertaan

30 September 2026, 11:59 malam
Ogos – September 2026

Pembelajaran kendiri

Ogos – September 2026
Awal Oktober 2026

Pembukaan web simulator

Awal Oktober 2026
Oktober 2026 – Januari 2027

Pembangunan pengaturcaraan program dan simulasi

Oktober 2026 – Januari 2027
Akhir Januari – Awal Februari 2027

Saringan Peringkat Kebangsaan (Preliminary Round / National Competition)

Akhir Januari – Awal Februari 2027
Hanya untuk wakil Malaysia ke Pusingan Akhir Peringkat Antarabangsa bagi kategori lanjutan sahaja
Awal Mac – Pertengahan April 2027

Pengubahsuaian pengaturcaraan program

Awal Mac – Pertengahan April 2027
Mei - Jun 2027

Pertandingan Peringkat Antarabangsa di ISS (International Final Round)

** Pertandingan ini akan dinilai berdasarkan elemen pemarkahan dan peraturan yang ditetapkan oleh JAXA
Mei - Jun 2027

Nota: Tarikh tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Rujuk JAXA Kibo-RPC Web Page

kibojaxa

PENDAFTARAN PENYERTAAN

KATEGORI LANJUTAN

Pelajar sekolah, kolej atau universiti warganegara Malaysia berumur 16 hingga 27 tahun.

QRKRPC

Hubungi Urus Setia Kategori Lanjutan:

Nor Rafidah Saibaka / Zulia Nurlisman
Point of Contact (POC) Kibo-RPC “Regular Course”
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
E-mel: krpc@mysa.gov.my
No. Telefon: 03-3182 4000 (sambungan: 4006)

KATEGORI ASAS

Pelajar sekolah warganegara Malaysia berumur 13 hingga 15 tahun.

Hubungi  Urus Setia Kategori Asas:

Dr. Jong Tze Kian / Nur’ Fazilah binti Mohamad Hanafiah
Point of Contact (POC) Kibo-RPC “Beginner Course”
Planetarium Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
E-mel: tkjong@planet.gov.my / fazilah@planet.gov.my
No. Telefon: 03-2273 4303

qrasas

PEMENANG Kibo-RPC TAHUN 2025

Skip to content