
๐ฎ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ด๐ฒ๐ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 361,964 km.
ย

๐ฑ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ

๐๐ผ๐ป๐ท๐๐ป๐ด๐๐ถ ๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฃ๐น๐ฒ๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฒ๐
Bulan dan Pleiades akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut Bulan dan Pleiades dari Bumi adalah sekitar 0.6 darjah di langit barat.

๐ณ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Pertama pada jam 12:31 pagi.
ย

๐ด ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ

๐จ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฑ ๐ฃ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐น๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ถ๐ป๐ด ๐ง๐ถ๐บ๐๐ฟ
Utarid pada elongasi paling timur iaitu pada 18.2 darjah. Utarid boleh kelihatan di langit barat selepas Matahari terbenam (waktu Maghrib).
ย

๐ญ๐ฐ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ต / ๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฟ๐ป๐ฎ๐บ๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 02:54 petang.
ย

๐ญ๐ด ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฝ๐ผ๐ด๐ฒ๐ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 405,754 km.
ย

๐ฎ๐ฌ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ

๐๐พ๐๐ถ๐ป๐ผ๐ธ๐ ๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ฐ
Matahari berada di atas garisan Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat. Di Hemisfera Utara, ekuinoks pada bulan Mac dikenali sebagai ekuinoks musim bunga manakala di Hemisfera Selatan ia dikenali sebagai ekuinoks musim luruh.
ย

๐ฎ๐ฎ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ / ๐๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Akhir pada jam 07:29 petang.
ย

๐ฎ๐ต ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 06:57 petang.
ย

๐ฏ๐ฌ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ด๐ฒ๐ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 358,126 km.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:

Konjungsi (๐๐ฐ๐ฏ๐ซ๐ถ๐ฏ๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.

Jarak sudut ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (ยฐ), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).

๐จ๐ป๐ถ๐ ๐ฎ๐๐๐ฟ๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ถ (๐๐๐๐ฟ๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ถ๐ฐ๐ฎ๐น ๐จ๐ป๐ถ๐) disingkatkan sebagai AU, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1 AU bersamaan dengan 1.5 x108 km

Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.

Waktu kejadian dalam Kalendar Astronomi dijana mengikut lokasi Kuala Lumpur.
ย