Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) di Kompleks Teknologi Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berjaya menerima akreditasi Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) daripada Jabatan Standard Malaysia pada 2 Oktober 2024. Akreditasi ini merangkumi skop untuk pengujian mekanikal dan elektromagnetik.