
𝟮𝟭 – 𝟮𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰

𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗢𝗿𝗶𝗼𝗻𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Orionids boleh dilihat mulai 2 Oktober hingga 7 November setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Orionids dijangka berlaku pada malam 21 Oktober 2024 hingga awal pagi 22 Oktober 2024 dengan purata 10-20 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana terdapat gangguan cahaya Bulan semasa kemuncak berlaku.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:

Konjungsi (𝘊𝘰𝘯𝘫𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.

Jarak sudut ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (°), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).

Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.