Fenomena apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan planet Zuhal dari pandangan Bumi, iaitu planet Zuhal akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan, dan kemudian akan muncul semula.
Fenomena apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan sebahagian Pleiades dari pandangan Bumi, iaitu sebahagian Pleiades akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan, dan kemudian akan muncul semula.
Hujan Meteor Delta Aquariids boleh dilihat mulai 12 Julai sehingga 23 Ogos setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Delta Aquariids dijangka berlaku pada malam 30 Julai sehingga awal pagi 31 Julai dengan purata 20 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana terdapat gangguan Bulan Sabit Tua semasa kemuncak berlaku.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
โข ๐๐ผ๐ป๐ท๐๐ป๐ด๐๐ถ (๐๐ฐ๐ฏ๐ซ๐ถ๐ฏ๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
โข ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐๐๐ฑ๐๐ ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (ยฐ), minit arka (โ), dan minitsaat arka (โ).
โข Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.