
๐ญ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐ ๐๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ/๐๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 19:27.
.

๐ฐ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐ผ๐ป๐ท๐๐ป๐ด๐๐ถ ๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ญ๐๐ต๐ฎ๐น
Bulan dan Zuhal akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Bulan dan Zuhal dari Bumi adalah sejauh 0.9 darjah di langit timur.
.

๐ฒ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐ท๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ ๐๐๐ฎ ๐๐พ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฑ๐
Hujan Meteor Eta Aquarids boleh dilihat mulai 15 April sehingga 27 Mei 2024. Kemuncak Hujan Meteor Eta Aquarids dijangka berlaku sebelum subuh pada 6 Mei 2024, dengan purata 50 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah baik.
.
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ด๐ฒ๐ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 363,163 km.
.

๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 11:21
.

๐ญ๐ฌ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐จ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฑ ๐ฃ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐น๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ถ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐
Utarid pada elongasi Paling Barat iaitu 26.4 darjah, Utarid boleh kelihatan di langit timur sebelum Matahari terbit.
.

๐ญ๐ฑ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 19:48.
.

๐ญ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฝ๐ผ๐ด๐ฒ๐ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 404,640 km.
.

๐ฎ๐ฏ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ต/๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฟ๐ป๐ฎ๐บ๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 21:53.
.

๐ฏ๐ญ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ

๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐ ๐๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ/๐๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 01:12.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
โข Konjungsi (๐๐ฐ๐ฏ๐ซ๐ถ๐ฏ๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
โข Jarak sudut ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (ยฐ), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
โข Penghijaban (Occultation) ialah lenyapnya cahaya sesuatu objek cakerawala kerana dilindungi oleh objek cakerawala lain yang lebih besar berbanding objek yang dilindungi, contohnya semasa gerhana bulan atau penghijaban planet oleh Bulan.
โข Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.