MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PENUTUP LANGKAWI INTERNATIONAL SPACE FORUM (LISF) OLEH YBTM MOSTI PADA 25 MEI 2023
Majlis penutup Langkawi International Space Forum (LISF) telah disempurnakan oleh YB. Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada jam 5.30 petang di Ballroom, MIEC.
.
YB Timbalan Menteri MOSTI menzahirkan ucapan penghargaan atas kejayaan pelancaran Pelan Strategik Dasar Angkasa Negara atau Malaysia Space Exploration (MSE) 2030 dan Pelan Strategik Industri Angkasa (SISP) 2030 semasa program SpaceTech Nexus di LIMA’23.
.
Beliau juga mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran program di SpaceTech Nexus seperti sesi Perbincangan Meja Bulat Ketua-ketua Agensi Angkasa (HOSA) negara rantau Asia Tenggara, sesi Perbincangan Dua Hala, Majlis menandatangani dokumen MoU dan pertukaran LoI serta pameran di ruang Pavilion MOSTI.
.
.
Skip to content