MYSA@SAS2024!
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menganjurkan 8th ASEAN Remote Sensing Ground Station Experts Exchange Workshop sempena Selangor Aviation Show 2024 (SAS2024) di SkyPark RAC, Subang.
.
Peserta terdiri daripada pegawai MYSA dan anggota negara-negara ASEAN yang terlibat dalam aktiviti stesen bumi dan remote sensing.
Philippine Space Agency
The Centre for Remote Imaging, Sensing and Processing (CRISP), National University of Singapore
Vietnam Ground Receiving Station
Geo-Informatics and Space Technology Development Agency (GISTDA), Thailand
.
Setiap negara peserta membuat pembentangan, berkongsi pengetahuan, amalan terbaik, pengalaman, trend terkini dan bertukar pandangan mengenai aktiviti stesen bumi, remote sensing dan teknologi angkasa negara masing-masing.
#𝘥𝘢𝘺2 (14 September 2024):
Lawatan Teknikal – Delegasi di bawa ke Kompleks Teknologi Angkasa (STC), MYSA yang terletak di Banting, Selangor. Pegawai MYSA memberi penerangan mengenai sistem yang digunakan, fungsi, peranan dan perkhidmatan yang ada di STC.
Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT). One stop centre bagi pembangunan dan pembinaan satelit dan perkhidmatan pengujian yang turut dibuka untuk pihak industri.
Pengujian Getaran (Vibration Test)
Pengujian Keserasian Elektromagnetik (Electromagnetic Compatibility Test)
Pengujian Vakum Terma (Thermal Vacuum Test)
Pengujian Gema Akustik (Reverberation Acoustic Test)
Pengukuran Penjajaran (Alignment Measurement)
.
Terima kasih kepada delegasi ASEAN yang hadir.