MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

8th ASEAN REMOTE SENSING GROUND STATION EXPERTS EXCHANGE WORKSHOP PADA 13-14 SEPTEMBER 2024
#𝘥𝘢𝘺1 (13 September 2024):
MYSA@SAS2024!✈️ Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menganjurkan 8th ASEAN Remote Sensing Ground Station Experts Exchange Workshop sempena Selangor Aviation Show 2024 (SAS2024) di SkyPark RAC, Subang.
.
Peserta terdiri daripada pegawai MYSA dan anggota negara-negara ASEAN yang terlibat dalam aktiviti stesen bumi dan remote sensing. 🛰️ 📡
🇵🇭Philippine Space Agency
🇸🇬The Centre for Remote Imaging, Sensing and Processing (CRISP), National University of Singapore
🇻🇳Vietnam Ground Receiving Station
🇹🇭Geo-Informatics and Space Technology Development Agency (GISTDA), Thailand
.
Setiap negara peserta membuat pembentangan, berkongsi pengetahuan, amalan terbaik, pengalaman, trend terkini dan bertukar pandangan mengenai aktiviti stesen bumi, remote sensing dan teknologi angkasa negara masing-masing.
 
#𝘥𝘢𝘺2 (14 September 2024):
Lawatan Teknikal – Delegasi di bawa ke Kompleks Teknologi Angkasa (STC), MYSA yang terletak di Banting, Selangor. Pegawai MYSA memberi penerangan mengenai sistem yang digunakan, fungsi, peranan dan perkhidmatan yang ada di STC.
🌎Fasiliti Kawalan Misi (Stesen bumi yang berkomunikasi dengan objek buatan manusia di angkasa seperti satelit, roket)
🌎Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT). One stop centre bagi pembangunan dan pembinaan satelit dan perkhidmatan pengujian yang turut dibuka untuk pihak industri.
✔️Pengujian Getaran (Vibration Test)
✔️Pengujian Keserasian Elektromagnetik (Electromagnetic Compatibility Test)
✔️Pengujian Vakum Terma (Thermal Vacuum Test)
✔️Pengujian Gema Akustik (Reverberation Acoustic Test)
✔️Pengukuran Penjajaran (Alignment Measurement)
.
Terima kasih kepada delegasi ASEAN yang hadir.
🤝Jalinan kerjasama antara Malaysia dan anggota negara ASEAN melalui aktiviti sebegini dapat mempromosikan perkhidmatan di rantau Asia Tenggara, meneroka peluang untuk kajian bersama dan perkongsian data satelit/kemudahan teknologi angkasa yang ada.
📌Program adalah selaras dengan pelaksanaan aktiviti di bawah Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 yang dikenali sebagai Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030).
Skip to content