LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

77TH INTERNATIONAL ASTRONAUTICAL CONGRESS (IAC) 2026 PADA 9 OKTOBER 2026
Penyertaan Malaysia dalam 77th International Astronautical Congress (IAC) 2026 di Antalya, Türkiye, yang melabuhkan tirainya pada 9 Oktober 2026, membuka ruang kepada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk terus memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik dalam bidang angkasa di peringkat antarabangsa.
 
Delegasi MYSA yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, selaku focal point negara dalam International Astronautical Federation (IAF), telah menghadiri dua (2) sesi General Assembly yang diadakan setiap tahun sempena IAC.
 
Selain itu, beberapa siri mesyuarat dua hala dan perbincangan bersama pihak berkepentingan turut diadakan bagi meneroka peluang kerjasama yang dapat meningkatkan keupayaan angkasa negara, selaras dengan aspirasi Dasar Angkasa Negara 2030.
 
Perjalanan ini diteruskan ke IAC 2027 yang bakal berlangsung di Poznań, Poland, sebagai kesinambungan usaha memperkukuh kedudukan dan kerjasama Malaysia dalam ekosistem angkasa global.
.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content