MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PENYERTAAN MALAYSIA DALAM MESYUARAT 67TH SESSION ON COMMITTEE ON THE PEACEFUL USES OF OUTER SPACE (COPUOS)
 
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyampaikan pernyataan negara pada 19 Jun 2024 dalam mesyuarat 67th Session on Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (COPUOS).
.
Beliau selaku focal point negara mewakili Malaysia dalam mesyuarat tahunan yang diadakan pada 19 hingga 28 Jun 2024 bertempat di Vienna International Centre, Vienna, Austria.
.
Penglibatan negara secara aktif dalam mesyuarat ini merupakan:
▪️Komitmen dan usaha berterusan negara dalam menonjolkan aktiviti angkasa di Malaysia
▪️Membuka peluang yang lebih luas kepada inisiatif kerjasama strategik di antara negara dan pihak antarabangsa
▪️Memperkukuh dan memperkasakan pembangunan ekosistem sektor angkasa negara agar lebih berdaya saing dan kondusif serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan Teras 5 Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
▪️Malaysia dapat menyatakan pendirian dan pandangan terhadap isu-isu berkaitan yang dibincangkan di peringkat antarabangsa demi menjaga kepentingan negara.
.
COPUOS telah ditubuhkan pada tahun 1959 untuk mengawal selia aktiviti penerokaan dan penggunaan angkasa lepas secara aman untuk manfaat manusia.
.
Mesyuarat COPUOS merupakan platform tertinggi di peringkat antarabangsa yang membincangkan isu, cabaran dan promosi jalinan kerjasama dalam pembangunan sektor angkasa secara global.
Skip to content