Latar Belakang

YEAR    EVENTS
1988 Penubuhan Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) pada 1988 adalah merupakan salah  satu  daripada lapan (8) komponen Program Remote Sensing Nasional Malaysia di bawah Jawatankuasa  Remote Sensing Nasional  (JKRSN) yang dipengerusikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. JKRSN kemudiannya telah dipindahkan ke bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) selaras fungsi  MOSTE dalam bidang sains dan teknologi serta cadangan penubuhan MACRES di bawah MOSTE.
1989 Bahagian Planetarium diwujudkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi membangunkan fasiliti sains dan pendidikan melalui Penubuhan Planetarium Negara. 
1991 MACRES diiktiraf sebagai Institut Penyelidikan Persekutuan dalam bidang remote sensing dan teknologi berkaitan bermula 1 Januari 1991.
1993 Bahagian Planetarium di tukar nama kepada Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) bagi menerajui penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi angkasa.
1995 BAKSA diletakkan dibawah MOSTE.
2002 Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ditubuhkan dengan mandat untuk mengubal polisi dan peraturan,menyelaras, melaksanakan dan memantau aktiviti angkasa.
2003 ANGKASA mengambil alih semua fungi BAKSA merangkumi pendidikan sains angkasa serta operasi Planetarium Negara.
2004 MOSTE distruktur semula dengan nama baharu iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi meneraju pembangunan fungsi ICT Negara, Multimedia dan Inovasi.
2008 Pada 15 Februari 2008, MACRES telah dinaik taraf sebagai jabatan dengan nama baharuAgensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) bagi menerajui aktiviti  penyelidikan dan pembangunan (P&P)  teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan dan perkhidmatan data remote sensing standard dan tambah nilai secara bersepadu.
2016 Bahagian pendidikan sains angkasa di bawah ANGKASA dan operasi Planetarium Negara dipindahkan sebagai sebuah bahagian di bawah MOSTI. 
2018 Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), keseluruhan komponen MOSTI, komponen tenaga dan teknologi hijau di bawah Kementerian, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan  komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah disusun semula dan membentuk Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi,  Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. 
2019 Pada 20 Februari 2019, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui penggabungan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan Agensi Angkasa Negara  (ANGKASA). Inisiatif penubuhan MYSA adalah bagi memastikan pembangunan dan pengurusan sektor angkasa negara yang lebih strategik, teratur dan komprehensif.
2020 MESTECC telah distrukturkan semula dan namanya telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berikutan Pembentukan Kabinet Kerajaan Baru yang diumumkan pada  9 Mac 2020.