Side event on the Role of the National Space Legislation in Advancing the Rule of Law in Outer Space: Efforts and Challenges in the Asia-Pacific Region

31 Mei 2021, Kuala Lumpur – Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah telah dijemput menjadi salah seorang panel dalam “Side event on the Role of the National Space Legislation in Advancing the Rule of Law in Outer Space: Efforts and Challenges in the Asia-Pacific Region”. Side event yang dianjurkan oleh Jepun, UNOOSA dan APRSAF ini adalah sebagai pembuka kepada Sesi Mesyuarat ke-60 Legal Subcommittee of COPOUS (LSC).

Objektif program ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh negara yang menyertai National Space Legal Initiative (NSLI) dalam usaha menyediakan perundangan angkasa domestik (national space legislation). NSLI merupakan satu inisiatif di bawah Asia-Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF) yang diwujudkan pada tahun 2019 bagi mempromosi perkongsian maklumat dan pembelajaran bersama mengenai perundangan angkasa domestik/polisi dan meningkatkan keupayaan untuk menyediakan draf/melaksanakan perundangan angkasa domestik/polisi di kalangan negara Asia-Pasifik.

Seramai 40 pakar/ahli dari 9 buah negara termasuk Malaysia terlibat dalam kajian yang dilaksanakan di bawah NSLI dalam usaha untuk menyediakan Report on the Status of the National Space Legislation of Countries of the Asia-Pacific Regional Space Agency Forum National Space Legislation Initiative.

Sesi Mesyuarat ke-60 Legal Subcommittee of COPOUS (LSC) berlangsung mulai hari ini sehingga 11 Jun 2021. Malaysia yang diwakili MYSA, Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut menyertai mesyuarat sebagai komitmen negara untuk membangunkan sektor angkasa negara.

#MYSA #MOSTI #KLN #NSLI #LSC #APRSAF #UNOOSA
#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa 

 
 
side event NSLI