INFOGRAPHIC27

Pelancaran Laut (Sea Launch)

Pelancaran Laut (Sea Launch)

Pelancaran Laut (Sea Launch) adalah kaedah melancarkan pelancar ke angkasa menggunakan platform maritim mudah alih (mobile) seperti kapal atau pelantar di lautan. Kedudukan pelantar adalah dikhususkan di Khatulistiwa atau berhampiran dengannya kerana kelajuan putaran bumi dapat memberi rangsangan tambahan kepada kelajuan pelancar dan dapat mengurangkan penggunaan bahan bakar.

Pelancar Zenit-3SL merupakan pelancar pertama yang berjaya menghantar satelit ke orbit melalui pelancaran laut pada 28 Mac 1999 oleh Syarikat Sea Launch. Terkini, China berjaya melancarkan pelancar Long March 11 dari pelantar laut De Bo 3 di Laut Kuning pada 15 September 2020.

Kelebihan:

🚀 Pelancar dapat diluncurkan dari posisi optimum di permukaan Bumi, meningkatkan kapasiti muatan dan mengurangkan kos pelancaran berbanding sistem pelancaran darat;
🚀 Keselamatan aktiviti pelancaran terjamin kerana tiada kerosakan pada pad pelancaran dan lintasan pelancaran adalah melepasi lautan jauh daripada kawasan penduduk untuk mengurangkan risiko kemalangan sekiranya terdapat serpihan yang jatuh selepas pelancaran;
🚀 Jumlah pelancaran tidak terhad kepada satu pelancar pada satu masa memandangkan pad pelancaran tidak perlu diselenggara atau dibaiki selepas pelancaran. Pelancaran laut juga boleh disesuaikan dengan perubahan geometri pelancar seperti panjang dan penambahan tahap (stage); dan
🚀 Penukaran kedudukan pelancar dari mendatar ke menegak adalah mudah, membolehkan pemasangan pelancar dan muatan dalam kedudukan mendatar.

Kekurangan:

➡️ Terdapat ancaman dari segi kestabilan tapak pelancar yang berpunca daripada gelombang laut yang bergelora dan tiupan angin kencang yang mampu menggugat aktiviti pelancaran; dan
➡️ Perbezaan suhu dan cuaca yang tidak menentu menyebabkan tahap kelembapan dan kabus yang agak tinggi serta berpotensi membahayakan pelancaran satelit ke orbit.

Untuk info lanjut mengenai pelancaran laut sila layari:

🛰️ https://bit.ly/33BbDFa

🛰️ https://bit.ly/36uWOpC

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB
#MSN2020 #KeajaibanSains #ScienceForLife #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita 

#KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19