INFOGRAPHIC2021 9

PENYALURAN MAKLUMAT SITUASI BANJIR KEPADA AGENSI KESELAMATAN MELALUI SISTEM APLIKASI PERISIKAN PERTAHANAN REMOTE SENSING (RSDIAS)

Penyaluran Maklumat Situasi Banjir Kepada Agensi Keselamatan Melalui Sistem Aplikasi Perisikan Pertahanan Remote Sensing (RSDIAS)

PENYALURAN MAKLUMAT SITUASI BANJIR KEPADA AGENSI KESELAMATAN MELALUI SISTEM APLIKASI PERISIKAN PERTAHANAN REMOTE SENSING (RSDIAS)

RSDIAS merupakan sebuah sistem aplikasi dalam talian yang berteraskan teknologi angkasa dan teknologi lain berkaitan bagi kegunaan agensi keselamatan dan pertahanan termasuk dalam pengurusan banjir. Sistem ini menggunakan imej remote sensing dan maklumat berkaitan banjir daripada pangkalan data bersepadu maklumat geospatial bencana banjir monsun negara.

Sistem RSDIAS berupaya untuk memberikan maklumat bagi perancangan, pemantauan dan tindakan dalam tiga peringkat berikut:

🌀 SEBELUM BANJIR 🌀
▪️Menyedia dan mengemaskini imej remote sensing (satelit & dron) dan maklumat geospatial mengikut permintaan dan keperluan agensi berkaitan bagi tujuan perancangan atur gerak persediaan menghadapi banjir.
▪️Menjadi platform dalam penyediaan Common Operating Picture (COP) bagi membolehkan semua perkhidmatan di bawah ATM mendapatkan paparan maklumat yang sama.

🌀 SEMASA BANJIR 🌀
▪️Selain imej satelit, RSDIAS juga memapar imej dron daripada operasi pencerapan di lapangan bagi menjana maklumat yang lebih terperinci dan mengikut masa sebenar.
▪️Antara lain, maklumat RSDIAS digunakan sebagai panduan dalam menyalurkan bantuan kecemasan/kritikal kepada mangsa banjir.

🌀 SELEPAS BANJIR 🌀
▪️Analisis kawasan banjir yang melibatkan kemusnahan infrastruktur dan kemudahan awam bagi membolehkan perancangan penyaluran bantuan kepada mangsa banjir seperti pembinaan infrastruktur sementara bagi kemudahan mangsa banjir dan orang awam seperti jambatan dan jalan.

RSDIAS membolehkan ATM dan agensi keselamatan lain melaksanakan pengurusan bencana dengan lebih cepat, cekap dan berkesan.

#MYSA #MOSTI #ATM
#STI #DSTIN #MySTIE
#MagicOfScience #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner 

#AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 

#KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa