INFOGRAPHIC2021 23

MakGeoPadi: Pencapaian dan Pengiktirafan

MakGeoPadi: Pencapaian dan Pengiktirafan

MAKGEOPADI: PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN 

 Sejak beroperasi pada 2012, sistem MakGeoPadi telah membantu agensi pertanian di kesemua 12 jelapang padi Malaysia meningkatkan kecekapan dalam merancang, mengurus dan memantau kawasan tanaman padi yang memberi manfaat kepada hampir 197,000 pesawah. Sistem ini membolehkan agensi pertanian memantau kawasan tanaman padi secara dalam talian dengan memanfaatkan imej satelit remote sensing dan telah memberikan impak utama seperti berikut:
 
✅ Liputan kawasan pemantauan adalah menyeluruh (100%) di semua jelapang padi membolehkan masa penyiasatan di lapangan dikurangkan sehingga 50%; dan
 
✅ Ketepatan keluasan lot bertanam padi membolehkan penjimatan kos subsidi kerajaan sehingga 10%.
 
Pengiktirafan yang diperoleh daripada kejayaan pembangunan dan pengoperasian MakGeoPadi hasil kerjasama strategik MYSA dan DOA serta agensi pertanian lain yang terlibat adalah seperti berikut:
 
👍 Anugerah Pingat Emas yang dipertandingkan di bawah Malaysian Agricultural Invention Show (MAGIS) sempena Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2016 pada 2 Disember 2016.
 
👍 Anugerah Inovasi Pengurusan ICT yang dipertandingkan sempena Hari Inovasi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Tiang pada 6 November 2017 bagi pengoperasian sistem MakGeoPadi di IADA Kerian; dan
 
👍 Anugerah Inovasi daripada Chinese National Committee for Remote Sensing (CNCRS) bagi kertas penyelidikan MakGeoPadi bersempena Asian Conference on Remote Sensing yang ke 40 di Korea Selatan pada 18 Oktober 2019.