INFOGRAPHIC2021 21

MakGeoPadi: Kemas Kini Maklumat Lot Sawah & Pemantauan Status Aktiviti Penanaman Padi

MakGeoPadi: Kemas kini Maklumat Lot Sawah
MakGeoPadi: Pemantauan Status Aktiviti Penanaman Padi
MakGeoPadi: Kemas Kini Maklumat Lot Sawah & Pemantauan Status Aktiviti Penanaman Padi
๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ
Pengemaskinian maklumat lot sawah bagi 12 jelapang padi dilaksanakan secara berkala melalui penggunaan imej satelit optikal beresolusi tinggi 1.5 meter iaitu SPOT-6 dan SPOT-7 dan sangat tinggi 0.5 meter iaitu Pleiades-1A dan Pleiades-1B.
ย 
Imej satelit ini membolehkan agensi pertanian mengesan perubahan lot sawah daripada padi kepada bukan padi seperti tanaman lain (sawit dan getah), bangunan, kolam ikan dan sebagainya.
ย 
Maklumat terkini keluasan lot sawah yang bertanam membolehkan agensi pertanian mengurus input pertanian seperti baja dan racun kepada petani dengan lebih bersasar serta perancangan lojistik lepas tuai yang lebih cekap dan berkesan.
ย 
Selain itu, imej radar daripada satelit RADARSAT-2 juga digunakan bagi pemantauan status aktiviti utama penanaman padi seperti membajak, mengairi sawah, menanam dan menuai. Penggunaan imej satelit ini adalah kerana satelit radar berkeupayaan mencerap data walaupun dalam keadaan dilitupi awan.
ย 
Maklumat terkini status aktiviti penanaman padi penting untuk mengenal pasti lot sawah yang tidak mengikut jadual penanaman padi pada setiap musim bagi membolehkan tindakan sewajarnya oleh agensi pertanian termasuk memberikan bantuan dan khidmat nasihat kepada petani terlibat.
ย 
ย 
ย