INFOGRAPHIC2021 16

PERKHIDMATAN DATA SATELIT REMOTE SENSING

PERKHIDMATAN DATA SATELIT REMOTE SENSING

PERKHIDMATAN DATA SATELIT REMOTE SENSING

Perkhidmatan data satelit remote sensing terbahagi kepada tiga peringkat iaitu perolehan, pemprosesan dan pengedaran data. Sebahagian besar perolehan dilaksanakan secara penerimaan terus data satelit di Stesen Penerima Data Satelit (SPDS), Temerloh manakala data satelit yang tidak diterima di SPDS diperoleh melalui pembekal data luar negara.

Pemprosesan data satelit dilaksanakan di Ibu Pejabat MYSA bagi menghasilkan produk standard iaitu Map Corrected dan Map Corrected Pansharp. Produk map corrected adalah imej satelit yang diperbetulkan secara geometri kepada unjuran Rectified Skewed Orthomorphic (RSO) menggunakan titik kawalan bumi (GCP) dan data ketinggian permukaan bumi (DEM). Map Corrected Pansharp adalah imej satelit pansharpened yang berwarna dan beresolusi tinggi yang dihasilkan daripada penggabungan imej multispektral berwarna yang beresolusi lebih rendah dengan imej pankromatik hitam putih yang beresolusi lebih tinggi.

Pengedaran data dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter bagi produk digital dan cetak kekal. Pengedaran data juga dilaksanakan secara dalam talian melalui platform open data (http://rsopendata.mysa.gov.my) dan melalui sistem-sistem aplikasi remote sensing strategik bagi pelbagai sektor seperti pengurusan bencana, keselamatan dan pertahanan, perhutanan, pertanian dan perikanan.

Jangka masa penyediaan dan pembekalan data yang sedia ada dalam arkib data satelit MYSA kepada pengguna adalah mengikut “Piagam Pelanggan Perkhidmatan Pembekalan Imej Satelit Remote Sensing”. Manakala bagi data yang tiada dalam arkib, MYSA akan melaksanakan cerapan data baharu di SPDS.

 

#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita 

#KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmakanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 

#KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa