INFOGRAPHIC10

Kelebihan Aplikasi Satelit Remote Sensing

Kelebihan Aplikasi Satelit Remote Sensing

Antara kelebihan satelit remote sensing adalah keupayaannya untuk:

1) mencerap data meliputi kawasan yang luas yang dapat menghasilkan pelbagai maklumat permukaan bumi;

2) mencerap data sesuatu kawasan secara berulang (revisit) yang memudahkan pemantauan aktiviti yang dinamik; dan

3) data yang dikumpul adalah dalam bentuk digital yang membolehkan penghasilan maklumat dan analisis dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan tepat.

Setiap satelit remote sensing mempunyai ciri-ciri tersendiri.

jenis penderia (sensor) dan resolusi imej yang dapat dihasilkan,

bilangan channel (bands),

kekerapan mencerap maklumat bagi sesuatu kawasan (revisit time)

saiz kawasan yang dicerap (liputan).

Imej yang dihasilkan oleh sesuatu jenis satelit atau kombinasi imej daripada beberapa satelit dapat digunakan untuk tujuan pengurusan dan pemantauan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perikanan, perhutanan, pembangunan infrastruktur, alam sekitar, biodiversiti, perancangan bandar, pengurusan bencana, sumber asli, marin dan kesihatan.

Antara kegunaan imej satelit dalam bidang pertanian adalah dalam pengurusan dan pemantauan kawasan tanaman padi.

Imej satelit dapat memberikan gambaran sebenar kawasan tanaman padi dan membolehkan pemantauan status penanaman padi iaitu peringkat persediaan tanah, pengairan, penanaman dan penuaian.

Melalui sistem aplikasi secara dalam talian, Jabatan Pertanian dan pihak-pihak berkuasa jelapang padi dapat melaksanakan pemantauan kawasan tanaman padi dengan lebih cepat dan tepat.

Oleh itu, dapat mengenal pasti kawasan-kawasan bermasalah seperti masalah pengairan dan kelewatan tanaman padi yang mana membolehkan bantuan dan khidmat nasihat dapat diberikan kepada pesawah bagi memastikan penanaman padi berjalan lancar.

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB

#MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa