Setiap tahun, World Space Week (WSW) diraikan dari 4 hingga 10 Oktober bagi meraikan pencapaian sains dan teknologi angkasa serta peranannya dalam kehidupan manusia.
Tahun ini, WSW 2026 membawa tema “Rocket Revolution”, yang menampilkan perkembangan dan inovasi dalam teknologi roket serta penerokaan angkasa.
Di Malaysia, World Space Week: Malaysian Chapter diraikan sepanjang bulan Oktober menerusi pelbagai program dan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran serta membudayakan sains dan teknologi angkasa dalam kalangan masyarakat.
Ayuh bersama-sama meneroka, menginspirasi dan menyemarakkan minat terhadap dunia angkasa.