LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menganjurkan The 4th ASEAN Space Policy Expert Exchange Seminar yang bertemakan Responsible and Sustainable Space Launches di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Seminar dua hari ini menghimpunkan kira-kira 100 pakar dan peserta daripada agensi angkasa negara-negara ASEAN, kementerian, agensi kerajaan, pemain industri serta institusi akademik.
Pada majlis yang sama, YB Menteri MOSTI turut merasmikan peluncuran Minggu Angkasa Sedunia 2026 (World Space Week 2026) peringkat Malaysia yang membawakan tema “Revolusi Roket”.
Sambutan WSW2026 ini bakal berlangsung sepanjang bulan Oktober 2026 dengan pelbagai pengisian program menarik bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan teknologi angkasa kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Langkah ini membuktikan komitmen berterusan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) dan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834].
.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content