Delegasi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang diketuai oleh YBrs. Puan Norafiza Saleha binti Sahlan, Pengarah Bahagian Perancangan dan Komunikasi Strategik, telah menghadiri The 34th Meeting of the ASEAN Sub-Committee on Space Technology and Applications (SCOSA-34) yang berlangsung dari 19 hingga 21 Oktober 2025 di Jubilee Prestige Hotel Ratchadapise, Bangkok, Thailand.
.
Mesyuarat tahunan ini menjadi platform penting bagi negara-negara ASEAN untuk membentangkan perkembangan aktiviti semasa, berkongsi pandangan, serta memperkukuh kerjasama dalam bidang pembangunan teknologi angkasa di rantau ini.
.
Terdahulu, delegasi MYSA turut menghadiri Thailand Space Expo 2025 yang diadakan pada 16 hingga 18 Oktober 2025, serta berpeluang menyertai sesi panel, bengkel dan pertemuan dua hala bersama wakil agensi angkasa dan pemain industri antarabangsa.
.
Hadir sama, Encik Faitz Aqira bin Nordin, Pegawai Penyelidik, Bahagian Perancangan dan Komunikasi Strategik.