Sesi 1: Pembentangan daripada Gs. Mckreddy bin Yaban@Julius, Encik Muhamad Zulfazli bin Zakaria dan Encik Muhammad Shafiei bin Badrunnahar yang telah menyertai Latihan Sangkut bersama dengan GITSDA, Thailand.
>Perkongsian mengenai pembangunan metodologi pemetaan dan pengiraan stok karbon menggunakan teknologi penderiaan jauh, inisiatif Misi Karbon GISTDA, dan latihan amali penggunaan Terrestrial Laser Scanner (TLS).
.
Sesi 2: Pembentangan daripada Puan Bismawaty binti Hassan dan Siti Masayu binti Yahaya yang telah menyertai Kursus Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan (PRESTIJ): Disaster Management Programme (DMP) 2025 di Disaster Management Training Center, University of Tokyo.
>Perkongsian memberi tumpuan kepada sistem pengurusan bencana Jepun, termasuk aspek geografi, risiko bencana alam, strategi kesiapsiagaan serta amalan terbaik yang diamalkan. Turut diketengahkan ialah konsep Jijo (bantuan kendiri), Kyojo (bantuan komuniti) dan Kojo (bantuan kerajaan) yang menjadi teras kepada ketahanan masyarakat Jepun dalam menghadapi bencana.
.
Sesi perkongsian tersebut telah diadakan pada 19 Jun 2026 di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All