MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

πŸ‘Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan Automen daripada Universiti UCSI, Kuala Lumpur yang telah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang TEMPAT KEDUA dalam pertandingan akhir Kibo Robot Programming Challenge 2025 (Kibo-RPC 2025) peringkat antarabangsa pada 28 Februari 2026.
.
Sebanyak 13 peserta antarabangsa telah berentap dalam pertandingan ini iaitu daripada Australia, Bangladesh, Indonesia, Jepun, Malaysia, Thailand, Nepal, Filipina, Singapura, Taiwan, Amerika Syarikat, Vietnam, dan United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA).
.
Kejayaan ini membuktikan kehebatan bakat muda tempatan dalam bidang STI Angkasa.
πŸ’ͺ

🌟 Tahniah sekali lagi kepada Kumpulan Automen dan seluruh pasukan yang terlibat! Kejayaan ini bukan sahaja kemenangan sebuah pasukan, malah kemenangan semua. Teruskan melakar kejayaan dan menggapai bintang!Β πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš€βœ¨
…………………………..
πŸ“ŒPertandingan Kibo-RPC 2025 adalah program pendidikan yang menggunakan robot (Astrobee dan Int-Ball) di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
.
πŸ“ŒProgram dijalankan dalam bentuk pertandingan yang memerlukan kemahiran pengaturcaraan dan simulasi untuk mengawal pergerakan robot di ISS mengikut arahan yang diberi bagi menjalankan misi yang ditetapkan.
.
πŸ“ŒMisi Kibo-RPC 2025 mencari harta karun yang tersembunyi di ISS.
.
πŸ“ŒPenyertaan peringkat Malaysia diselaras oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Angkasa untuk semua | Space for all
πŸŒŽπŸ“‘πŸ”­πŸš€πŸ›°οΈ

#MYSAΒ #MOSTIΒ #KIBORPC
#DAN2030
#MSE2030Β 

TAHNIAH! MALAYSIA MENANG TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN AKHIR KIBO-RPC 2025 PERINGKAT ANTARABANGSA
Skip to content