MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

1️⃣Tempat Pertama:
Kumpulan Automen – UCSI University, Kuala Lumpur
Kumpulan Automen akan mewakili Malaysia pertandingan akhir Kibo-RPC 2025 peringkat antarabangsa pada November 2025. All the best!
 
2️⃣Tempat Kedua:
Kumpulan BST – INTI International College, Pulau Pinang
 
3️⃣Tempat Ketiga:
Kumpulan RazakSAT – Universiti Teknologi Malaysia, Johor
 
4️⃣Tempat Keempat:
Kumpulan RMC Maverick Cyborg – Royal Military College, Kuala Lumpur
 
5️⃣Tempat Kelima:
Kumpulan Mechamara – Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
 
6️⃣Tempat Keenam:
Kumpulan Botstronaut – Homeschool, Selangor
 
🤝Kepada semua peserta pertandingan, terima kasih atas penyertaan. Semoga ini memberi semangat untuk kejayaan di masa akan datang. 👍
……………
📌Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) adalah program pendidikan yang menggunakan robot (Astrobee dan Int-Ball) di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
📌 Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan yang memerlukan kemahiran pengaturcaraan dan simulasi untuk mengawal pergerakan robot di ISS mengikut arahan yang diberi bagi menjalankan misi yang ditetapkan.
📌Program ini dianjurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dengan kerjasama National Aeronautics and Space Administration (NASA).
📌Pertandingan Peringkat Kebangsaan diadakan untuk mencari pemenang yang menghasilkan pengaturcaraan yang terbaik dalam mengendalikan pergerakan robot yang lancar, tepat dan kemampuan melaksanakan arahan dengan pantas.
📌Misi Kibo-RPC 2025 mencari harta karun yang tersembunyi di ISS.
📌Malaysia menerusi penyelarasan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah mula menganjurkan program tersebut di peringkat Malaysia pada tahun 2021 sehingga kini.
Skip to content