MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-02-16)
Supernova SN 2024gy
Supernova baharu, dikenali sebagai SN 2024gy telah ditemui oleh ahli astronomi Jepun bernama Koichi Itagaki pada 4 Januari 2024. SN 2024gy berlaku dalam galaksi pilin yang dikenali sebagai NGC4216. NGC4216 terletak kira-kira 55 juta tahun cahaya dari galaksi kita. Pemerhatian spektrum cahayanya telah menunjukkan bahawa SN 2024gy merupakan supernova Jenis Ia (Satu-a), iaitu supernova yang tidak mempunyai unsur hidrogen di dalam spektrum cahayanya. Letupan ini berlaku pada sistem bintang binary (dedua), iaitu dua (2) bintang yang mengorbit antara satu sama lain.
.
Salah satu bintang tersebut merupakan bintang kerdil putih dan satu lagi bintang sama ada merupakan bintang gergasi ataupun bintang kerdil putih juga. Supernova Jenis Ia selalunya menghasilkan kecerahan yang hampir sama dan boleh digunakan untuk mengukur jarak antara kedudukan letupan tersebut dan Bumi. Magnitud ketara (kecerahan) SN 2024gy ketika ditemui adalah 16.3 dan kecerahannya semakin meningkat (merujuk kepada https://www.wis-tns.org/object/2024gy).
.
Sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi berjaya merakam imej supernova SN 2024gy pada 13 Februari 2024. Masyarakat Malaysia boleh menggunakan teleskop yang bersesuaian untuk mencerap SN 2024gy pada waktu malam sehingga subuh dengan mengenal pasti kedudukan NGC4216 untuk memudahkan pencerapan. Teleskop yang besar akan membolehkan supernova ini dilihat dengan lebih mudah berbanding teleskop yang lebih kecil.
.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
โ–ช Supernova ialah bintang yang menjadi sangat terang disebabkan berlakunya ledakan yang menghamburkan jisimnya.
โ–ช Magnitud ketara ialah kecerahan sesuatu objek di langit malam.
โ–ช Supernova Jenis Ia (satu-a) ialah supernova yang tidak mempunyai unsur hidrogen di dalam spektrum cahayanya. Ia terhasil daripada letupan yang berlaku pada sistem bintang binari, iaitu dua (2) bintang yang mengorbit antara satu sama lain serta salah satu bintang tersebut merupakan bintang kerdil putih manakala satu lagi bintang bersaiz gergasi atau bintang kerdil putih juga.
โ–ช Bintang kerdil putih adalah bintang yang intrinsiknya malap, berjejari kecil dan berketumpatan tinggi.
Skip to content