MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-03-29)
TM Suar suria 1 Jan 2024
TM A Suar suria 1 Jan 2024
Suar suria adalah ledakan cahaya yang sangat cerah yang membebaskan foton dan sinaran elekromagnetik seperti sinar-X dan sinar ultraungu lampau (EUV) di Matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan Tompok Matahari yang besar dan tidak sekata. Suar suria boleh berlaku selama beberapa minit hingga ke satu jam dan kadangkala diikuti dengan Lentingan Jisim Korona (Coronal Mass Ejection, CME). Sinaran tersebut bergerak pada kelajuan cahaya dan tiba di Bumi dalam masa lapan minit.
.
Suar suria boleh dibahagikan kepada lima kelas, iaitu A, B, C, M dan X berdasarkan fluks puncak (peak flux) (dalam unit watt per meter persegi, W/m2) bagi panjang gelombang cahaya 1 hingga 8 Angstroms yang diukur oleh instrumen XRS pada satelit GOES-15 yang berada di dalam orbit geopegun (geostationary orbit) di kawasan Lautan Pasifik seperti dalam Jadual 1.
.
Suar suria kelas A dan B merupakan suar suria yang paling rendah dan sangat umum serta tidak memberi kesan kepada Bumi. Suar suria kelas C merupakan suar suria yang minor dan kurang memberi kesan kepada Bumi. Suar suria kelas M merupakan suar suria sederhana yang boleh menyebabkan berlakunya ribut suria dan CME serta berkebarangkalian tinggi menghasilkan ribut geomagnet yang cukup kuat untuk menyebabkan aurora di kawasan latitud tengah. Suar suria kelas X pula merupakan suar suria paling besar dan kuat yang mungkin boleh menyebabkan berlakunya ribut suria dan CME yang ketara sehingga menyebabkan ribut geomagnet yang teruk (G4) hingga ekstrem (G5) pada lapisan atas ionosfera Bumi.
.
Imej suar suria kelas X5 yang meletus dari kumpulan Tompok Matahari AR3536 yang bermula pada jam 05:36 hingga 06:08 waktu Malaysia pada 1 Januari 2024 telah dicerap oleh teleskop angkasa NASA SDO/AIA 301 ditunjukkan pada Rajah 1. Suar suria kelas X5 kini merupakan suar suria yang paling kuat bagi kitaran suria 25.
Skip to content