Kumpulan Tompok Matahari yang besar dan sangat aktif, iaitu AR2994 telah dikesan muncul di permukaan Matahari (bahagian timur laut) pada 17 April 2022. Tompok matahari ini didapati menghasilkan suar suria kelas X1.1 pada jam 03:34 UTC seperti mana yang telah dirakam oleh NASA’s Solar Dynamics Observatory (SDO).
i.Pengumpulan data dan imej matahari dilakukan di Observatori Negara Langkawi (ONL) dengan menggunakan sistem teleskop optik.
ii.Pengesanan suar suria dalam julat frekuensi radio 45 hingga 870 MHz melalui instrumentasi yang dinamakan Compound Astronomical Low frequency Low cost Instrument for Spectroscopy and Transportable Observatory (CALLISTO) di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Banting; dan
iii.Perubahan medan magnet Bumi melalui instrumentasi magnetometer di bawah seliaan MYSA iaitu Magnetic Data Acquisition System (MAGDAS).
.
Berdasarkan data-data yang dicerap dari instrumentasi ground-based yang dijalankan oleh MYSA, didapati bahawa beberapa kumpulan Tompok Matahari iaitu AR2989, AR2990, AR2991, AR2992, AR2993 dan AR2994 telah berjaya dirakam oleh sistem teleskop ONL dengan penapis jenis cahaya nampak dan calcium k-line pada 18 April 2022 seperti yang ditunjukkan pada Gambar 1.
.
Hasil cerapan oleh CALLISTO di KTA pula telah menunjukkan Solar Radio Bursts (SRB) jenis II dan III telah dikesan pada 17 April 2022 pada jam 03:28 hingga 03:50 UTC dan 03:33 hingga 03:34 UTC seperti yang ditunjukkan di Gambar 2.
.
Manakala data-data yang dicerap dari instrumentasi space-based yang dijalankan oleh National Oceanic And Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan bahawa suar suria kelas X1.1 telah menghamburkan jisim korona (CME) ke angkasa dan letusan ini tidak akan memberikan kesan kepada Bumi.