Teknologi angkasa membantu manusia mengurus kehidupan dan sumber di bumi menerusi sistem berteknologi maju seperti satelit komunikasi, navigasi dan penderiaan jauh (remote sensing).
Data satelit digunakan dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, perikanan, kesihatan awam, pengurusan bencana, pemantauan alam sekitar, pengurusan sumber asli, dan keselamatan makanan.
Bersama-sama kita merakyatkan teknologi angkasa supaya masyarakat memahami bahawa penggunaaannya menjadi sebahagian daripada keperluan dalam pengurusan kehidupan seharian.
Kesedaran yang menyeluruh mengenai kepentingan teknologi angkasa akan membantu negara membangunkan tenaga mahir, menghasilkan inovasi tempatan dan manfaat teknologi itu dapat dinikmati oleh semua.