MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-06-14)
🛰️Walaupun satelit jauh di angkasa tapi manfaatnya besar untuk kita di bumi ini.
.
MyIDEA, salah satu sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa, dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk:
▶️ Penyaluran maklumat mangsa banjir ke bilik gerakan bagi membantu proses menyelamat yang lebih efektif dan berkesan.
Bagaimana cara penyaluran maklumat?
.
🚨Petugas bilik gerakan banjir akan mengedarkan borang dalam talian kepada mangsa-mangsa banjir setempat.
.
🏷️Maklumat yang diterima di server MYSA akan mengenal pasti lokasi mangsa dan seterusnya operasi menyelamat akan dikoordinasikan.
🏷️ Proses menyelamat mangsa banjir dapat dipantau melalui aplikasi.
🏷️ Segala maklumat yang diterima termasuk dari media sosial dapat diarkibkan ke dalam sistem bagi rujukan pada masa hadapan
.
MyIDEA, siap siaga sistem tersedia di sini.
.
Jom kita tonton video TT YBM MOSTI mengenai sistem ini.
.
Bersama kita cakna dan lebih bersedia menghadapi bencana banjir.
Skip to content