Perkembangan ekonomi angkasa global membuka peluang besar kepada negara membangun untuk turut serta sebagai pemain sektor angkasa. Dengan peningkatan permintaan terhadap data serta perkhidmatan angkasa, Malaysia mempunyai ruang untuk meningkatkan penglibatan dalam ekonomi angkasa ini. Melalui dasar yang tepat, Malaysia berpotensi untuk beralih daripada sekadar pengguna kepada penyedia teknologi angkasa yang lebih berdaya saing.