MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Perjumpaan sulung antara YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor yang diketuai oleh YBrs. Puan Norhazlina binti Alim, Pengerusi JPKK pada 6 Mac 2026, Balai Raya Kampung Sungai Sireh.
.
Pertemuan ini menjadi langkah awal dalam memperkukuh kerjasama MYSA dengan penduduk kampung menerusi Program Kampung Angkat MADANI (KAM) MYSA Tahun 2026, selaras dengan tanggungjawab sosial organisasi untuk meningkatkan potensi, keupayaan serta kesejahteraan komuniti kampung.
.
Antara fokus perbincangan adalah cadangan beberapa projek/program/ aktiviti:
* Mewujudkan Pusat Komuniti Kampung melalui pembinaan dewan terbuka serbaguna, gelanggang permainan dan taman permainan kanak-kanak;
* Melatih anak-anak muda kampung sebagai pengendali dron bertauliah, termasuk cadangan pembelian dron serta pembinaan stor penyimpanan;
* Pembelian mesin pemprosesan padi bagi menghasilkan beras keluaran kampung, lengkap dengan kemudahan stor penyimpanan; dan
* Penerapan ilmu Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Angkasa melalui ceramah/pameran
.
Hadir sama, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) Tanjung Karang yang bertindak sebagai agensi pelaksana yang dilantik oleh MYSA.
.
Sesi pertemuan diakhiri dengan lawatan tapak ke lokasi cadangan pembinaan dewan terbuka, yang bakal menjadi salah satu kemudahan penting bagi kampung ini.
Skip to content