Pembangunan satelit kecil seperti CubeSat merupakan platform pembelajaran praktikal yang sangat berkesan kerana menggabungkan pelbagai disiplin ilmu daripada kejuruteraan, sistem komunikasi, perisian sehinggalah kawalan satelit di angkasa.
Menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, kejayaan bakat tempatan membina dan melancarkan CubeSat membuktikan keupayaan anak muda negara dalam menguasai teknologi berkemahiran tinggi.
Penglibatan bakat tempatan ini selari dengan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030), khususnya Teras 3 yang menekankan pembangunan sains, teknologi angkasa serta pembinaan kepakaran modal insan bagi memperkukuh ekosistem industri angkasa negara.