
Rasai pengalaman mencerap fenomena langit yang menakjubkan

Perkongsian ilmu astronomi

Lokasi cerapan turut diadakan di seluruh Malaysia. Rujuk poster untuk senarai lokasi berhampiran anda.

Pencerapan tertakluk kepada keadaan cuaca.

Penstriman langsung di Facebook MYSA
——————-
Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 – 8 September 2025, bermula pukul 11.28 malam hingga 4.55 pagi waktu Malaysia. Fasa Gerhana Bulan Penuh:
•

Fasa Penumbra bermula: 11.28 malam
•

Fasa Separa bermula: 12.26 pagi
•

Fasa Penuh bermula: 1.30 pagi
•


Fasa Penuh Maksima: 2.11 pagi
•

Fasa Penuh berakhir: 2.53 pagi
•

Fasa Separa tamat: 3.56 pagi
•

Fasa Penumbra tamat: 4.55 pagi

Gerhana penuh ini boleh disaksikan di Eropah, Afrika, Asia, Australia, dan New Zealand. Di Malaysia, keseluruhan fasa dapat dilihat dengan jelas (bergantung kepada keadaan cuaca), sama ada dengan mata kasar, binokular atau teleskop.