MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-02-16)
Program TECHNOMART Malaysia – Scotland telah dianjurkan secara bersama oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Malaysian Industry Group High Technology (MIGHT) dan Scottish Development International (SDI) pada 13 Februari 2024 di MIGHT Partnership Hub, Cyberjaya dan 14 Februari 2024 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.
Program yang diadakan di bawah misi Scotland Space Go-Global Innovation Conference ini adalah sebagai satu platform bagi pemain industri angkasa Scotland dan Malaysia menjalin hubungan kerjasama dan seterusnya menyokong usaha Kerajaan untuk menjadikan angkasa sebagai sumber ekonomi baharu negara selaras dengan teras-teras di bawah Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
.
Penganjuran program ini turut dibantu oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Malaysia Digital Economy Corporation , Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Malaysian Investment Development Authority – MIDA dan Malaysian Space Industry Consortium (MASIC) selaku rakan strategik.
.
Lima (5) topik utama bidang angkasa telah dibincangkan sepanjang program ini iaitu Space Application, Space Operations, Space Manufacturing, Funding & Governance dan Academia.
Skip to content