MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-04-24)
Jom Baca Bersama 10 Minit – Perpustakaan MYSA
Perpustakaan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menganjurkan program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024 pada 23 April 2024 (Selasa), bermula 10.30 hingga 11.30 pagi, bertempat di Perpustakaan MYSA bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha. Warga MYSA juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta menjayakan program Jom Baca Bersama 10 Minit ini dengan mengambil peluang melalui sesi pembacaan dan sesi perkongsian bahan bacaan.
.
Bersama-sama kita tingkatkan amalan dan budaya membaca.
.
‘Pembacaan Melestarikan Perpaduan’.
Skip to content