MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2023-10-02)
Selasa, 26 September 2023- Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dijemput sebagai rakan strategik bagi menjayakan Program Eksplorasi STEM Malaysia – Indonesia yang dianjur bersama tiga buah sekolah iaitu Sekolah Olak Lempit, Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu dan Sekolah Kebangsaan Seri Lanang Banting Selangor. Program ini juga telah disertai oleh Sekolah SD Muhammadiyah dari Sapen Indonesia serta mendapat sokongan penuh dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Pejabat Pendidikan Negeri. Antara objektif utama penganjuran adalah untuk memberikan pengalaman serta pendedahan kepada para pelajar untuk menerokai aktiviti STEM yang dilaksanakan secara “hands-on”.
.
Selain memupuk pelajar meminati mata pelajaran STEM, program ini juga berhasrat untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar serta meningkatkan keyakinan diri dan membantu pelajar untuk tampil lebih yakin dan dapat berkomunikasi dengan sihat antara mereka. Penglibatan peserta dari Indonesia pula, dapat membantu peserta memahami dan mendalami budaya dan adat negara luar sekali gus menyumbang kepada generasi baru yang lebih bersikap global dan prihatin. Program ini telah dihadiri seramai 150 orang pelajar termasuk guru pengiring dari setiap sekolah yang terlibat.
.
Sebanyak 3 acara pertandingan telah dijalankan dan hadiah bagi para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah. Penglibatan MYSA dalam program seperti ini diharapkan dapat memberikan impak dan inspirasi kepada para pelajar untuk lebih mendalami Pelajaran STEM dan sekali gus menjadi pelapis kepada penyelidik bidang angkasa yang ada pada hari ini.
Skip to content