Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mencari satu kumpulan untuk mewakili negara bagi menyertai misi untuk menyelamatkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) melalui pertandingan Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) 2023. Pemenang akan mewakili Malaysia ke 4th KIBO Robot Programming Challenge Peringkat Asia Pasifik pada Oktober 2023.
Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) merupakan satu pertandingan berbentuk pendidikan yang memerlukan peserta menyediakan pengaturcaraan untuk mengawal dan menggerakkan robot (Astrobee dan Int-Ball) di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk menjalankan misi yang ditetapkan.