68th Session of the Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (COPUOS), 25 Jun 2025 hingga 2 Julai 2025 berlangsung di Vienna International Centre (VIC), Vienna, Austria. YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) selaku focal point negara mewakili Malaysia dalam mesyuarat tahunan ini telah menyampaikan dua (2) pernyataan negara.
.

Item 4: General Exchange of Views

Item 5: Ways and Means of Maintaining Outer Space for Peaceful Purposes
.
Kedua-dua pernyataan negara menyentuh mengenai status pelaksanaan aktiviti sektor angkasa negara serta menyatakan pendirian terhadap isu-isu semasa berkaitan angkasa selaras dengan prinsip penggunaan angkasa lepas untuk tujuan aman.
.
Penglibatan negara secara aktif dalam mesyuarat ini:

mendapatkan maklumat aktiviti berkaitan eksplorasi, usaha saintifik dan teknologi angkasa terkini yang dilaksanakan oleh COPUOS dan negara anggota lain;

memberikan ruang dan peluang kepada negara memberikan pandangan berkaitan pembangunan sektor angkasa dan isu berkaitan dasar, dialog kontemporari dalam tadbir urus angkasa dan aspek baharu yang muncul dalam ekosistem angkasa seperti pengkomersialan, perdagangan dan pembangunan industri berkaitan angkasa.

meningkat dan memperkukuh hubungan kerjasama antarabangsa
.
Tonton semula pernyataan negara di pautan: