YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Bulanan MYSA di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Banting, Selangor pada 28 Februari 2025.

Memahami dan mendukung agenda reformasi perkhidmatan awam untuk peningkatan kualiti perkhidmatan awam, ketelusan dan akauntabiliti.
.
Turut berlangsung, penyampaian sijil Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) daripada
Jabatan Standard Malaysia yang telah diterima MYSA pada Oktober 2024. Akreditasi ini merangkumi skop pengujian mekanikal dan elektromagnetik bagi Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT), KTA, MYSA. Milestone Achieved!
.
Terdahulu, telah diadakan Majlis Doa Selamat dan Tahlil serta acara pelepasan anak ikan patin di kolam KTA.