MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2023-10-03)
Buat pertama kalinya Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) anjuran Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa (BES) telah diadakan di Pusat Observatori Negara Langkawi (ONL) secara hibrid pada 2 Oktober 2023.
.
Semasa Perhimpunan Bulanan tersebut, YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA telah memberikan ucapan penghargaan diatas kejayaan MYSA dalam menganjurkan program-program sepanjang bulan September 2023.
.
YBrs. Ketua Pengarah MYSA juga telah menyempurnakan sesi gimik sebagai tanda simbolik Sambutan Minggu Angkasa Sedunia (World Space Week) tahun 2023.
.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian surat penyiaran pemangkuan, kenaikan pangkat, dan sijil-sijil penghargaan. Turut diadakan tayangan video aktiviti-aktiviti di MYSA sepanjang bulan September 2023 dan tayangan video ucapan selamat hari lahir kepada warga MYSA pada bulan Oktober 2023.
.
Skip to content