MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2025-05-19)
Turun padang Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Program Jelajah Kempen Internet Selamat Zon Utara bertempat di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi, Kedah pada 19 Mei 2025. Program telah disempurnakan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi. Hadir sama, YBhg. Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi.
.
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA berpeluang menyampaikan imej Nebula Tapak Kaki Kucing (Cat’s Paw Nebula) kepada YB Menteri. Imej tersebut dirakam dengan menggunakan sistem teleskop MYSA di Observatori Negara Langkawi (ONL) baru-baru ini. Penyertaan MYSA di program ini dengan pengisian pameran mengenai sains angkasa termasuk menjalankan aktiviti pencerapan Matahari dan satelit origami. Ini adalah salah satu usaha untuk memupuk minat anak muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya dalam bidang sains dan teknolgi angkasa.
.
Terima kasih Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atas jemputan kepada MYSA bagi program ini. Moga ini mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara MYSA dengan pihak Kementerian/Jabatan/Agensi.
Skip to content